Alumni UiTM Cawangan Pahang

Jasa dan peranan UiTM yang telah melahirkan lebih daripada 888,803 graduan sejak penubuhannya adalah amat besar. Hakikat itu tidak boleh dinafikan dari sudut sejarah, angka mahu pun kajian empirikal. UiTM telah berjaya menjadi sebuah institusi kebanggaan dan harapan bangsa. Ia juga berjaya muncul sebagai satu `breeding ground’ dalam melahirkan para profesional dan separa profesional Melayu dan Bumiputera. Alumninya kini berada di merata-rata tempat dalam menyumbang kepakaran masing-masing di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Alumni merupakan penyokong kuat sesebuah universiti yang amat bernilai. Mereka sentiasa mengambil berat akan perihal universiti dan sering menyertai program-program yang dianjurkan bagi mengekalkan hubungan erat dengan universiti.

Kampus UiTM Cawangan Pahang sehingga Januari 2020 telah mempunyai 28,475 orang alumni dan di bawah UiTM Cawangan Pahang terdapat satu persatuan alumni yang telah ditubuhkan dan dianggotai seramai 127 orang. Persatuan Alumni UiTM Pahang yang dikenali dengan nama ringkas PAUP telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 14 Jun 2011. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAUP bagi tahun 2007 – 2020.

Presiden                                  : Abdul Halem Hj Mat Som

Timbalan Presiden                  : YBhg. Dato’ Amy Jarr Bin Amran

Naib Presiden                         : YBhg. Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz

Setiausaha                              : Norashikin Hj. Abd Hamid

Penolong Setiausaha              : Khatilah Abdullah

Bendahari                                : Mohd Rozlan Mohamed Ali